Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh,
Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang,
Di Satu Masa Balik Bersatu & Teguh"
Antara
kata-kata keramat yang sememangnya harus dan wajib untuk semua anak-anak
gayong tahu serta faham isi kandungan serta maksud tersirat dan
tersurat.. Itulah antara kelebihan ADMAR, setiap apa yang berlaku dan
mungkin akan berlaku sudah dapat dirasainya. Perpecahan Gayong dari
segumpal darah yang membeku terpisah dek sifat ketamakan kuasa, pangkat,
hasat juga dengki memisahkan kita dari segala-galanya.
Gambar Ehsan Aku & Gayong: Antara Semangat Pejuang Gayong! |
Namun dengan
kekuatan ikrar Gayong yang kita pegang selama ini tidak pernah luntur
dan mampu memusnahkan segala bentuk niat dan usaha anak-anak gayong hari
ini. Alhamdulillah, walau berat dan sukar namun tidak salah jika kita
berusaha kerana usaha adalah amat dituntut dalam Islam dengan diiringi
doa agar segala apa yang direncanakan dapat dikabulkan dengan
kesempurnaan.
Mungkin
pada pandangan segenap anak-anak gayong ada yang kurang senang jika
semua pewaris-pewaris gayong bersatu dan tak kurang juga yang
menyokong.. Namun apa pun pandangan orang, saya secara peribadinya sudah
tiba masanya anak-anak gayong baik yang senior mahu pun yang junior
bersama berfikir arah tuju kita.. Adakah dengan berterusan begini dengan
memperkecilkan sesuatu dari pihak lain yang sebenarnya bukan orang
lain, adik-beradik kita juga..lahir dari satu iaitu ADMAR.
Gambar Ehsan Aku & Gayong: Detik-Detik Bersejarah |
Oleh yang
demikian, ayuh anak-anak gayong sekalian tidak kiralah sama ada kita
dari Gayong Malaysia, Pusaka Gayong, Gayong Warisan, Gayong Serantau,
Gayong Pasak atau pun Sundang Pusaka..marilah sama-sama kita bercantum,
bersatu dan bergabung agar kita dapat melestarikan impian dan harapan
bak baris terakhir sajak dari ADMAR "..Di Satu Masa Balik Bersatu &
Teguh".
"Bersatu
Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh" satu kata-kata yang cukup tinggi nilai
pengertiannya jika dikaji dan dalami tafsiran maksud kata-kata tersebut
agar lebih jelas dimata semua pihak apa yang kita perjuangkan adalah
ISLAM dan menghormati kedaulatan Raja-Raja Melayu . Biarlah ini menjadi
titik permulaan untuk kita melangkah dan maju kedepan dengan penyatuan
gayong agar kita dapat menggegarkan dunia persilatan seperti mana apa
yang pernah dinikmati oleh anak-anak gayong terdahulu disamping tunjuk
ajar dan disiplin yang diterapkan dalam gayong oleh ADMAR yang sering
menjadi buruan dan liputan meluas oleh setiap pecinta seni silat melayu.
Kenangan: Antara Perjumapaan Bagi Membincangkan Penyatuan Gayong |
Dikesempatan
ini saya memohon maaf jika nukilan saya ini sedikit menyentuh atau
kurang disenangi oleh para pembaca semua. Niat saya hanyalah satu,
inginkan penyatuan..walau kita berlainan ideologi, berlainan fahaman
politik dan sebagainya namun kita tetap SATU.. oleh yang demikian ayuh
kita teruskan berusaha, bersatu walau bukan didalam satu pertubuhan tapi
sekurang-kurangnya dibawah satu lembaga adat. Selebihnya, biarlah ia
kekal dalam lipatan sejarah untuk kita sama-sama pelihara agar anak cucu
kita faham kenapa dan mengapa gayong berpecah..insya'Allah!
Gayong..Genggam, Angkat, Yakin, Waras & Ngeri.
Satu Nukilan Peribadi Dari Saya,
Admin PSSPGPP
No comments:
Post a Comment