Wednesday 3 October 2012

sejarah raja raja

Memandangkan Malaysia memiliki Raja-Raja Melayu dari sembilan buah negeri seperti iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak, maka setiap raja diberi peluang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh lima tahun. Ia termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
Secara amnya, jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara yang memayungi rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan taraf kehidupan.
Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.
Pada peringkat Persekutuan, ketua negara merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong manakala di peringkat negeri ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.
Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri manakala raja di sesebuah negeri pula bertindak menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, dilantik menerusi undi sulit dan persidangan oleh Majlis Raja-raja yang dihadiri oleh sembilan raja setiap negeri.
Seorang lagi pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam memberitahu, sistem beraja di Tanah Melayu sudah mula wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 yang diasaskan Parameswara iaitu seorang putera raja Srivijaya dari Palembang.

gambar






  Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut
    Perlembagaan Malaysia.
  Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
  Senarai Raja untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
  Surat sumpah memegang jawatan.
  Peranan Majlis Raja-Raja dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.
  Lagu Kebangsaan - Negaraku.







Meskipun pada satu ketika Melaka pernah lumpuh akibat diserang Portugis tetapi sistem kerajaan dan raja sentiasa ada apabila putera Sultan Alauddin Riayat Shah II anak kepada Sultan Mahmud Shah menubuhkan Kesultanan Johor di Johor bagi meneruskan dan mewarisi Kesultanan Melaka.
“Sistem beraja di Malaysia turut mengalami evolusi sejajar dengan peredaran masa tanpa sedikitpun menjejaskan hak dan keistimewaan raja itu sendiri. Lagipun peranan raja pada zaman dulu dan kini sudah berbeza.
“Dahulu raja mempunyai kuasa mutlak. Segala arahan, cadangan dan keputusan diputuskan oleh raja kerana pada masa itu Dewan Rakyat dan Parlimen belum wujud. Hari ini, negara yang mengamalkan konsepkan demokrasi segala keputusan dan rang undang-undang yang dibuat perlu dibincang terlebih dahulu tetapi perlu mendapat perkenan raja,.
Tambah Ramlah, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang keutuhan negara. Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan dan kuasa penting pada pentadbiran negara serta rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Selain bertindak sebagai ketua agama Islam, Yang di-Pertuan Agong turut berfungsi dalam tiga cabang utama iaitu eksekutif kerajaan, legislatif dan kehakiman. Dalam cabang eksekutif kerajaan, Agong berkuasa melantik Perdana Menteri, selepas pilihan raya umum manakala diperingkat legislatif pula Agong merupakan salah satu komponen Parlimen yang bertindak memanggil dan membubar Parlimen.
Sementara itu, dalam cabang kehakiman, Agong mempunyai peranan besar melantik ketua hakim negara selepas berunding bersama Majlis Raja-Raja berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai cabaran dan kesukaran Yang di-Pertuan Agong pada hari ini yang berhadapan dengan ancaman pihak tidak bertanggungjawab untuk membubarkan sistem beraja di Malaysia, Ramlah menjawab ringkas:
“Raja mahupun jawatan Yang di-Pertuan Agong sentiasa terpelihara dan dilindungi. Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan sememangnya menjamin kedaulatan dan kuasa raja untuk terus memayungi negara.
“Rakyat tidak sewajarnya mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja. Kita seharusnya menghormati raja seperti yang termaktub dalam ikrar taat setia, Rukun Negara yang berbunyi, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,” tutur Ramlah.

No comments:

Post a Comment