MELAKA PUSAT ISLAM ASIA TENGGARA & WALI SONGO DI MAJAPAHIT I (SEKARANG INDONESIA)
1400M Parameswara mengasaskan kesultanan Islam Melaka. Wali Songo
mengislamkan Indonesia. Puteri Saadong Ghaib.Majapahit II( Kelantan) di
bawah kerajaan Islam Pattani Besar. Gangga Negara(perak) dan Lembah
Bujang di bawah Raja Bersiong kedah dibebaskan oleh Patih Aria Gajah
Mada, Panglima Majapahit II dari kekuasaan Ayuthia. Laksamana Hang Tuah
terajui Melaka.
1420M, Syed Tahana'uddin pulang dari champa dan kemudiannya kembali ke
Majapahit II dan membuka pusat pengajian berupa institusi khas latihan
tarekat/kerohanian/kewalian peringkat tertinggi menggunakan asma 99 nama
Allah yang dahulunya hanyalah amalan harian HM Cik SIti Wan Kembang.
Tokoh-tokoh penting dalam organisasi Wali Songo yang bertanggungjawab
dalam penyevbaran dakwah di Majapahit 1(sekarang disebut Indonesia -
termasuk Negeri Cik Siti Wam Kembang Aceh) yang direkodkan telah
dipanggil mengadap belaiau di Bukit Panau(sekarang dalam Jajahan Tanah
Merah - dah jadi tempat menara celcom..!!) adalah seperti ;
1. Sunan Giri
2. Suan Bonang
Selepas serangan Ayyutthia ke atas Majapahit II(Kelantan) 1445M dan
peristiwa ghaibnya Puteri Saadong, kematian Raja Abdullah da Sultan
Abdul Rahim di Tasik Lelayang Mandi, Syed Husin membawa anaknya syarif
kebungsuan dan cucunya Wan Bo, Wan Husin dan Wan Demali ke Jawa,
seterusnyanya ke Goa, Sulawesi, dan meninggal serta dimakamkan di sana
pada 1453M (nak ziarah daftar MQTK). Melalui anak dan cucunya itu pula
membuatkan kesultanan Brunei melalui Sultan Muhammad, melahirkan benih
kesultanan hingga kini, yang juga darah Syed Husin Jamadil Kubra.
pada abad itu juga (ke 14M), iaitu di zaman masyhurnya Laksamana Hang
Tuah yang berguru dengan Para Wali Allah Majapahit dan pernah berkunjung
ke Majapahit II(Kelantan) dan Bukit Panau, sebelum ke Pattani(Masjid
Hang Tuah - Grisek) dan salah seorang murid kesayangan Syed Thana'uddin
yang digelar "Sang Adi Putera" oleh hikayat istana melaka waktu
itu(hingga sekarang pun mereka tetap panggil guru hang tuah tu "Sang Adi
Putera", tanpa mengetahui itulah adik kepada Ketua Wali 7 yang masyhur
dalam sejarah penyebaran Islam 1300-1400M itu.
KENAPAKAH LAKSAMANA HANG TUAH HEBAT...??
Setelah mengenali laksamana hang tuah, jebat, lekiu,lekir dan kasturi,
Syed Thana'uddin(Sang Adi Putera) yang terkenal di Majapahit(kelantan)
sebgai Syeikh Saman berpindah ke Pulau Besar dan beliau telah
bermastautin di Pulau Besar permukiman orang laut dari Sumatera, Jawa
dan Maluku. Tetapi turut terlibat menyusun strategi mempertahankan
Pattani dan Empayar Islam Majapahit II dari Siam, di mana dengan
Laksamana Hang Tuah, Siam akhirnya berundur pada 1445M dari Pattani.
Sewaktu Hang Tuah difitnah, Sunan Giri, Sunan Bonang, Sunan Kalijaga dan
Syeikh Sutabris ke Melaka dan bertemu dengan Sang Adi Putera. Laksamana
Hang Tuah akhirnya diarahkan disembunyikan dari umum rakyat setelah
menjadi fitnah.
Syeikh Saman(Sang Adi Putera) akhirnya kembali ke Kelantan dan beliau
meninggal dunia sewktu berusia 120 tahun...dan kuburnya dirahsiakan dari
seluruh rakyat oleh nenek moyang Raja-Raja Melayu...hingga kini,
orang-orang tertentu sahaja diizinkan berziarah(geng2 Datuk/Tan Sri -
pemegang darjah Istana/pengamal Pati Rahsia sahaja..!!).
Perbalahan sesama Melayu/Islam dan kezaliman Raja kepada para Wali Allah
itu berakhir dengan bala kifarat Allah dengan melaka diizin ditakluk
oleh Portugis dan hilang satu kerajaan Islam hingga kini tiada lagi
Sultan(diganti dengan kuasa Agung -wakilnya) sejak 1511M
KENAPA PUTERI SAADONG HEBAT..?
Manakala teraju Majapahit II disambung oleh Puteri Saadong yang
dikahwinkan dengan Raja Abdullah. Tetapi dalam pertelingkahan dengan
Siam pada era ini, Puteri Saadong tidak menggunakan strategi Perang,
sebaliknya 100% menggunakan teknologi SATIQ(senjata faqir/wirid asma 99
nama Allah oleh para ahli pertapaan yang ramai) di mana Puteri Saadong
menggunakan kaedah Salehuddin Al-Ayyubi merampas Baitul Maqdis pada era
1200M, iaitu dengan menggunakan khidmat lebih 300 ahli zikir terbaik
dari zuriat terpilih bani hasyim waktu itu, melancarkan senjata faqir
untuk 3 tahun berturut-turut sehingga disahkan Raja Yahudi(King Richard)
buruk mukanya diserang KUSTA, sebelum serangan darat dilancarkan..!!
Namun malang bagi Kelantan, walaupun Puteri Saadong berjaya tewaskan
Raja Buddha Siam dan selamatkan tanah jajahan Majapahit II, suaminya
pula didapati bermadu. Raja Abdullah akhirnya ditikam oleh salah seorang
dayang Istananya sendiri. Bukan oleh Puteri Saadong(berlaku peristiwa
hysteria dirasuk jin luar kawalan). Puteri Saadong akhirnya
menghilangkan diri di bukit Marak dan ghaib tanpa kubur hingga kini
sebagaimana kisah Hang Tuah, Mat Kilau, Patih Aria Gajah Mada(Megat Ali
Nurul Alam – Panglima Majapahi II, anak kepada Ketua Wali 7, yang
membebaskan Gangga Negara/perak dan Lembah Bujang-Raja Bersiong/kedah
dari empayar Hindu dan Buddha Sukhothai di abad ke 15)).
1445M – Trgaedi ngeri serangan hendap Sukhothai ke atas Istana Pattani,
mengorbankan lebih 60 ribu nyawa sekaligus dan ramai yang dibawa ke
Bangkok untuk buruh paksa(bina kuil dan istana King Rama II – VI).
Seluruh jentera besar Melayu Bani Hasyim Pattani sekali lagi diarah
pindah dan berundur ke Reman(Perak), Langkawi, Kedah, Perlis dan
Kelantan. Siam telah mula memasuki semua daerah Jajahan Majapahit II.
Selain Wali 7, yang telah tinggal hanya 6 beradik(satu dibunuh di
Temasik), Laksamana Hang Tuah akhirnya turut terlibat membantu Majapahit
II berperang dengan Sukhothai(Siam).
Selepas serangan hebat Siam(setelah tahu Cik Siti Wan Kembang meninggal
dunia), Syed Hussin Jamadil Kubra berpindah ke Sulawesi dan meninggal
dunia pada usia 83 tahun, serta dimakamkan di Goa(D3-MQTK-Majapahit II).
Baginda turut membawa bersamanya Syarif Kebungsuan dan cucunya Wan Bo
dan Wan Demali, yang kemudiannya masyhur dalam sejarah kesultanan Brunei
1450-1550M dan melahirkan benih hingga kini, Sultan Berdaulat bagi
Brunei..
1460-1510M – Setelah mengenali Hang Tuah dan setelah heboh kepada
Majapahit II Hang Tuah dihukum bunuh, Syed Thana’Uddin terus bertolak ke
Melaka. Baginda kemudiannya di bawa oleh Hang Tuah ke Pulau Besar
Melaka dan membuka pusat ritual disitu.(ribbaht/zaiyyah/tempat
bertapa/bersuluk/baca quran/zikir/satiq dsb)
No comments:
Post a Comment