Monday 15 October 2012

pingat raja


Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan, setelah diperkenankan oleh Paduka Seri Sultan, akan dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang berjasa kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Negara Malaysia amnya dengan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan. Tujuan kurniaan ini adalah seperti berikut:-
  1. untuk menghargai perkhidmatan cemerlang mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan atau orang-orang awam;
  2. untuk menghargai perkhidmatan gagah berani oleh ahli-ahli pasukan bersenjata atau orang-orang awam; dan
  3. untuk mengurniakan Pingat-pingat bagi khidmat berbakti dan khidmat perkasa untuk ahli-ahli pasukan bersenjata, polis dan pasukan-pasukan sukarela.
Akan tetapi Darjah Kerabat (Negeri Perak Darul Ridzuan) Yang Amat Dihormati (atau singkatannya, D.K.) yang hanya dikurniakan kepada Raja-Raja Pemerintah Negeri Darul Ridzuan dan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Melayu, dan Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah (Perak Darul Ridzuan) Yang Amat Dihormati (singkatannya, D.K.S.A.) yang cuma dianugerahkan kepada kerabat-kerabat diraja yang rapat.
Darjah-Darjah Kebesaran yang akan dikurniakan kepada orang-orang yang tersebut di atas kerana perkhidmatan cemerlang kepada Negeri Perak Darul Ridzuan khasnya dan Malaysia amnya adalah seperti berikut:-
  1. Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Yang Amat Dimuliai;
  2. Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang Amat Mulia Cura Si Manja kini;
  3. Darjah Kebesaran Taming Sari Negeri Perak Yang Amat Perkasa;
  4. Darjah Kebesaran Negeri Perak Yang amat Mulia Mahkota Perak; dan
  5. Pingat-pingat Kebesaran.
PENGURNIAAN KEPADA BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA
Darjah-Darjah Kebesaran dikurniakan kepada bukan warganegara Malaysia akan dikurniakan dengan secara kehormat sahaja.
SUSUNAN KEUTAMAAN KURNIAAN-KURNIAAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Susunan keutamaan Kurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-bintang Kehormatan dan Pingat-pingat yang diluluskan oleh Dewan Negara Perak adalah seperti berikut:-
  1. Darjah Kerabat Yang Amat Dihormat (D.K.)
  2. Darjah Kerabat Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak (D.K.S.A.)
  3. Darjah Kebesaran Seri Paduka Sultan Azlan Shah Perak (S.P.S.A.)
  4. Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M.)
  5. Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S.)
  6. Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P )
  7. Darjah Dato' Paduka Cura Si Manja Kini (D.P.C.M.)
  8. Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (D.P.T.S.)
  9. Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.)
  10. Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (P.C.M.)
  11. Darjah Pewira Taming Sari (P.T.S.)
  12. Darjah Paduka Mahkota Perak (P.M.P.)
  13. Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M.) **
  14. Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P )
  15. Darjah Hulubalang Taming Sari (H.T.S.) *
  16. Darjah Kesatria Taming Sari (K.T.S.) *
  17. Darjah Perajurit Taming Sari (A.T.S.) *
  18. Tauliah Jaksa Pendamai (J.P.) ***
  19. Pingat Keberanian Handal (P.K.H.)
  20. Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T.)
  21. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.)
  22. Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P.)
Nota:
* Anugerab Darjah Perwjra Taming Sari (P.T.S.), Darjah Hulubalang Taming Sari (H.T.S), Darjah Kesatria Sari (K.T.S.) dan Darjah Perajurit Taming Sari (A.T.S.) telah dimansuhkan pada tahun 1989.
** Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (A.C.M) telabpun diwujud dan dizahirkan mulai tahun 1989.
*** Sebelum tahun 1990 singkatan J.P bagi tauliab Jaksa Pendamai ini dibubuhkan terakhir antara singakatan-singkatan Bintang dan Pingat lain. Pada ketepatannya, singkatan J.P tidak diimbuhkan bersama pada hujung nama seorang Jaksa Pendamai dalam persuratan melainkan surat rasmi yang dituju kepadanya ada berkaitan dengan perlantikannya sebagai seorang Jaksa Pendamai.

No comments:

Post a Comment