Wednesday, 3 October 2012

benua

world_route.jpg

antara dua kumpulan yang menurut perintah dan yang diperintah

Untuk kesekian lamanya, manusia dikuasai oleh sekumpulan elit yang bergelar Raja atau Sultan. Untuk membezakan dua kumpulan manusia yang menguasai dan dikuasai ini, maka satu terma digunakan iaitu Raja dan rakyat. Raja adalah kumpulan yang berkuasa dan rakyat menjadi kumpulan yang dikuasai.

Raja bukan dipilih oleh rakyat tetapi berkuasa kerana ilmunya. Ilmu yang diikitiraf pada masa dulu ialah ilmu-ilmu kebatinan dan ilmu ghaib. Sesiapa yang penuh dengan ilmu didada akan cuba menguasai orang lain dengan menggunakan ilmunya.

Maka berlakulah peperangan dan pertentangan diantara mereka yang berilmu ini, dan sesiapa yang mampu mengusai jin dan makhluk ghaib yang lain, maka dialah menjadi juara. Ganjaran daripada kemenangan ini ialah kuasa yang cukup luas untuk menguasai manusia.

Rakyat menjadi takut kepada Raja kerana kuasa yang dimiliki oleh Raja. Raja pula terus berusaha untuk memastikan dia terus berkuasa.

Maka dilantiklah beberapa orang untuk mengisi jawatan sebagai cop getah, hanya untuk mengiyakan apa yang dititahkan oleh Raja. Seorang Pawang Diraja dilantik yang kononnya untuk mengesahkan keturunan diraja. Pawang diraja juga sebenarnya bukanlah orang yang berkuasa atau tinggi ilmunya, tetapi hanyalah untuk menjadi orang suruhan diraja.

Penyimpan Mohor kemudian dilantik sebagai Menteri Penerangan dan satu "kabinet" dilantik yang diberikan gelaran Raja Bergelar. Undang-Undang Tubuh diwujudkan untuk memastikan kuasa itu tidak terlepas ketangan orang lain.

Dalam masa yang sama, "rakyat" tidak berpeluang untuk menuntut ilmu yang dipelajari oleh golongan Raja ini. Rakyat perlu dibodohkan untuk memastikan tidak ada yang berani menentang kuasa diraja.

Tetapi satu kesilapan yang dilakukan oleh Raja-Raja ialah sikap leka, berpoya-poya dan malas belajar dikalangan anak-anak mereka. Anak-anak Raja tidak perlu belajar menuntut ilmu kerana merasakan bahawa masa depan mereka akan sentiasa cerah hanya kerana mereka "anak Raja". Mereka boleh hidup dengan elaun dan pencen yang dibiayai oleh rakyat.

Inilah yang kepada ramai anak-anak raja di Tanah Melayu dulu, dimana anak-anak raja hidup dengan berpoya-poya.

Apabila British datang ke Malaya, sebahagian besar orang Melayu sedar bahawa Raja-Raja Melayu bukanlah hebat sangat. Raja Melayu hanya hebat dikalangan orang Melayu yang terus mendewakan mereka

Kuasa ghaib, kesaktian dan jin penunggu tidak mampu menewaskan British. Raja-raja Melayu yang dianggap berkuasa dan berdaulat terpaksa tunduk kepada British dan menjadi boneka British.

Selepas merdeka dari British, sebahagian orang Melayu yang berilmu merasakan bahawa mereka boleh memerintah dengan lebih baik dari Raja-Raja atau Sultan tetapi sebahagian besar pula masih menganggap bahawa Raja dan Sultan perlu dikekalkan.

Orang-orang Melayu yang berilmu pada masa itu yang kebanyakannya menyertai Umno sedar bahawa orang Melayu masih ramai yang menghormati dan mahukan Raja-Raja, mungkin kerana masih menganggap bahawa Raja-Raja ini sebagai warisan yang perlu dipertahankan. Ramai yang menganggap, kalau tiada Raja, maka akan hancurlah umat Melayu didunia ini.

Kebangangan orang Melayu ini dieksploit sepenuhnya oleh cerdik pandai didalam Umno. Raja-Raja Melayu diberikan kemewahan sehingga mereka lupa daratan. Kehidupan keluarga diraja diselimuti kemewahan manakala tanggungjawab kepada rakyat hanyalah ketika upacara-upacara rasmi.

Rakyat terputus hubungan dengan keluarga diraja. Raja-raja tidak peduli kesusahan rakyat, manakala rakyat pula tidak tahu pembolotan kekayaan keluarga diraja.

Itu sebabnya, apabila jatuh seseorang anak raja itu, maka tidak ada sesiapa yang tahu nasibnya. Hari ini, ramai anak-anak raja yang dulunya hidup dengan kemewahan, tetapi sekarang terpaksa merempat. Jangan terkejut kalau ramai diantara anak-anak raja ini terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan, setaraf dengan pendatang Myanmar atau Bangladesh.

Bagaimana Azlan Shah yang bukan berdarah Raja boleh menjadi Sultan, manakala anak-anak raja yang berdarah raja sudah tersingkir?

Evolusinya tetap sama dengan zaman dahulu. Kalau dulu, mereka yang bijak dengan ilmu kebatinan, berupaya menguasai alam ghaib, akan mampu menguasai manusia lain dengan perang dan strategi, hari ini mereka yang mampu menguasai ilmu perundangan dan boleh memanipulasi keadaan akan diangkat menjadi Raja.

Sesiapa pun boleh menjadi raja sekiranya mereka berilmu. Dan apabila berkuasa, seseorang itu boleh melakukan apa saja dengan kuasa yang ada. Kuasa hampir mutlak terhadap rakyat ini menjadikan Raja itu bersikap tamak, rakus dan kadangkalanya zalim terhadap rakyat sendiri.





sejarah raja raja

Memandangkan Malaysia memiliki Raja-Raja Melayu dari sembilan buah negeri seperti iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak, maka setiap raja diberi peluang memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh lima tahun. Ia termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.
Secara amnya, jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Yang di-Pertuan Agong bertindak sebagai ketua negara yang memayungi rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan taraf kehidupan.
Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri.
Pada peringkat Persekutuan, ketua negara merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong manakala di peringkat negeri ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang Dipertua Negeri.
Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut perlembagaan. Yang di-Pertuan Agong bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri manakala raja di sesebuah negeri pula bertindak menurut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong, dilantik menerusi undi sulit dan persidangan oleh Majlis Raja-raja yang dihadiri oleh sembilan raja setiap negeri.
Seorang lagi pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam memberitahu, sistem beraja di Tanah Melayu sudah mula wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sekitar tahun 1400 yang diasaskan Parameswara iaitu seorang putera raja Srivijaya dari Palembang.

gambar






  Kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong mengikut
    Perlembagaan Malaysia.
  Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
  Senarai Raja untuk pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
  Surat sumpah memegang jawatan.
  Peranan Majlis Raja-Raja dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia.
  Lagu Kebangsaan - Negaraku.







Meskipun pada satu ketika Melaka pernah lumpuh akibat diserang Portugis tetapi sistem kerajaan dan raja sentiasa ada apabila putera Sultan Alauddin Riayat Shah II anak kepada Sultan Mahmud Shah menubuhkan Kesultanan Johor di Johor bagi meneruskan dan mewarisi Kesultanan Melaka.
“Sistem beraja di Malaysia turut mengalami evolusi sejajar dengan peredaran masa tanpa sedikitpun menjejaskan hak dan keistimewaan raja itu sendiri. Lagipun peranan raja pada zaman dulu dan kini sudah berbeza.
“Dahulu raja mempunyai kuasa mutlak. Segala arahan, cadangan dan keputusan diputuskan oleh raja kerana pada masa itu Dewan Rakyat dan Parlimen belum wujud. Hari ini, negara yang mengamalkan konsepkan demokrasi segala keputusan dan rang undang-undang yang dibuat perlu dibincang terlebih dahulu tetapi perlu mendapat perkenan raja,.
Tambah Ramlah, Yang di-Pertuan Agong adalah lambang keutuhan negara. Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan dan kuasa penting pada pentadbiran negara serta rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
Selain bertindak sebagai ketua agama Islam, Yang di-Pertuan Agong turut berfungsi dalam tiga cabang utama iaitu eksekutif kerajaan, legislatif dan kehakiman. Dalam cabang eksekutif kerajaan, Agong berkuasa melantik Perdana Menteri, selepas pilihan raya umum manakala diperingkat legislatif pula Agong merupakan salah satu komponen Parlimen yang bertindak memanggil dan membubar Parlimen.
Sementara itu, dalam cabang kehakiman, Agong mempunyai peranan besar melantik ketua hakim negara selepas berunding bersama Majlis Raja-Raja berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
Menyentuh mengenai cabaran dan kesukaran Yang di-Pertuan Agong pada hari ini yang berhadapan dengan ancaman pihak tidak bertanggungjawab untuk membubarkan sistem beraja di Malaysia, Ramlah menjawab ringkas:
“Raja mahupun jawatan Yang di-Pertuan Agong sentiasa terpelihara dan dilindungi. Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan sememangnya menjamin kedaulatan dan kuasa raja untuk terus memayungi negara.
“Rakyat tidak sewajarnya mempertikaikan peranan dan kedaulatan raja-raja. Kita seharusnya menghormati raja seperti yang termaktub dalam ikrar taat setia, Rukun Negara yang berbunyi, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,” tutur Ramlah.

raja merupakan payung negara




melalui sistem inilah kita warga malaysia dapat kemakmuran


Sistem beraja di Malaysia cukup unik & misteri Sistem beraja di Malaysia cukup unik & misteri

Sistem beraja di Malaysia cukup unik misteri 

 

Di dunia, terdapat 44 negara yang ada raja, 16 daripadanya adalah negara-negara Komanwel. Selainnya terdapat di Eropah (seperti Sepanyol, Norway, Luxembourg, Belgium, Monaco, Liechstenstein dan Andorra serta di Asia (seperti Thailand, Bhutan dan Kemboja). Antara negara Islam masih mengekalkan sistem beraja termasuklah Malaysia, Arab Saudi, Brunei, Oman, Qatar, Maghribi, Emirat Arab Bersatu, Kuwait dan Bahrain.

Pemimpin bergelar raja juga ada di Swaziland, Tonga dan Lesotho. Malah, Pope yang bertakhta di Kota Vatican juga bertaraf raja (monarch). Daripada kesemua ini, sistem raja tertua ialah Jepun, sejak ribuan tahun lalu. Manakala yang tertua di Eropah ialah Denmark, yakni sejak abad ke-10. Banyak kerajaan membubarkan sistem raja apabila mengguna pakai sistem Parlimen ciptaan Eropah ratusan tahun dulu.

Pada abad ke-20, banyak negara bertukar menjadi republik, sekali gus menamatkan sistem kerajaan berpaksikan raja, terutama selepas Perang Dunia Pertama dan Kedua. Sama ada digelar King, Queen, Emperor, Empress, Prince, Princess, Grand Duke, Khan, Khagan, Shah, Khalifah, Sultan atau Emir, setiap raja mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat masing-masing.

Sehingga hari ini, Raja Thai dan Jepun dikaitkan dengan nilai ketuhanan. Sesiapa didapati bersalah menghina raja, menerima hukuman berat. Untuk sekian lama, raja di Nepal, China dan Eropah pada Zaman Pertengahan juga disanjung sebegitu. Daripada sejarah, kita tahu ada yang menjadi raja secara keturunan atau dinasti. Ada juga melalui rampasan kuasa atau penggulingan.

Malah, ada juga yang mengisytiharkan diri mereka sebagai raja, contohnya Napolean I (Perancis), Jean-Bedel Bokassa (Republik Afrika Tengah) dan Yuan Shikai (China). Hari ini, hanya di tiga negara sahaja yang melantik raja secara pemilihan: Emirat Arab Bersatu, Vatican dan Malaysia.

 

 

 


 



 Pelantikan Yang di-Pertuan Agong adalah sistem paling unik di dunia. Manakala kebanyakan raja di dunia adalah turun-temurun, Malaysia telah mencipta satu sistem pemilihan demokratik dalam kalangan sembilan raja negeri-negeri Melayu bagi melantik Yang di-Pertuan Agong yang menjadi kepala utama negara selama lima tahun secara giliran.

Sistem ini adalah inovasi Tuanku Abdul Rahman, yang dilantik Yang di-Pertuan Agong pertama (1957-1960). Sebagai kepala utama negara, Yang di-Pertuan Agong adalah simbol kerajaan Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Baginda adalah payung semua rakyat, tanpa mengira kaum, budaya dan agama. Semua warganegara bernaung di bawah takhta baginda, yang bertanggungjawab memastikan kestabilan politik negara, serta keharmonian, keamanan dan kerukunan dalam masyarakat.

Baginda adalah pelindung kedaulatan agama Islam, adat dan budaya Melayu selain menjamin hak kaum dan penganut agama lain. Sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, baginda berfungsi sebagai tonggak pertahanan negara. Di bawah Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara yang terhad untuk melantik Perdana Menteri. Rakyat memuliakan institusi ini kerana baginda tidak campur dalam hal ehwal politik, malah sering memberi titah bersifat nasihat dan panduan kepada pemimpin kerajaan dan politik.

Bak titah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam satu rencana akhbar mengenai baginda: “Raja adalah payung kepada rakyat dan rakyat adalah tunjang kepada raja. Raja adalah sebagai penimbang tara supaya keamanan, kestabilan dan ketenteraman awam dikekalkan sentiasa.” Atas dasar inilah maka ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ dijadikan Prinsip kedua Rukun Negara. Ini adalah pernyataan ikrar taat rakyat jelata kepada raja yang dijunjung di tanah air tempat tumpah darah kesetiaan kita.

Sebagai anak Kedah, saya amat berbangga dengan pelantikan dan pemasyhuran Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali kedua. Ini bukan saja rekod peribadi baginda, malah kepada rakyat negeri Kedah. Kedah juga adalah antara negeri yang melahirkan dua perdana menteri. Semua rakyat mendoakan Tuanku melaksanakan tugas-tugas rasmi negara dengan cemerlang.

Dalam ucapan menjunjung kasih pada Majlis Jamuan Negara Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 di Istana Negara pada 10 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar, kerajaan pimpinannya akan sentiasa bertegas memelihara dan melindungi Perlembagaan Persekutuan bersama institusi Yang di-Pertua.

 


 

Tuesday, 2 October 2012

gambar peradaban dalam istana

"Makanlah dengan usahamu
Jangan makan dengan agamamu.
Tinggalkan fanatisme mazhab
Sibuklah dengan apa yang bermanfaat di dunia dan akhirat.
Janganlah engkau berdoa dengan lisanmu
tetapi hatimu berpaling.
Sia-sia belaka ingat membajak
dan menanam pada saat musim panen (menuai).
Yang pintar adalah orang yang taat,
sedangkan yang bodoh adalah orang yang maksiat.
Tidaklah berguna lisan yang pintar
tetapi hati bodoh.
Orang yang waktunya tidak bermanfaat
tidak bermanfaat pulalah nasihatnya.
Jagalah batinmu dengan merasakan kehadiran Allah dan
jagalah lahirmu dengan mengikuti sunah.
Orang yang ingin dipuji makhluk
pasti takut dicela mereka.
Orang yang tak dapat mengambil nasihat kematian
tidak dapat dinasihati dengan apapun.
Orang yang tahu tujuan pasti mengerahkan upaya.
Orang yang tidak takut kepada Allah
tidaklah berakal.
Sesatlah
orang yang puas dengan akalnya."
Syekh Abdul Qadir al-Jailani,
al-Fathur Rabbani wal Faidhur Rahmani
(Menjadi Kekasih Allah).